DR Suarni
DR Suarni
HM Digital

Kuala Lumpur: Lembaga Getah Malaysia (LGM) menggesa pekebun kecil dan penoreh getah yang belum memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) supaya segera mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Januari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Dr Suarni Sumormo berkata, seramai 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara masih belum memohon BMT.

“Menerusi pendaftaran BMT yang dibuka sejak 30 September lalu, seramai 500,730 pekebun kecil dan penoreh getah sudah didaftarkan dalam pangkalan data dan daripada jumlah itu, 483,941 pekebun layak untuk memohon BMT.

“Sehingga 9 Januari 2018, 325,366 pekebun kecil dan penoreh getah sudah menerima BMT di mana bilangan ini termasuk 29,023 pekebun kecil yang memiliki kawasan kebun yang belum matang,” katanya pada sidang media bagi pelaksanaan BMT di Bangunan Getah Asli Lembaga Getah Malaysia, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, BMT yang diumumkan menerusi Bajet 2017 itu membabitkan pemberian RM200 sebulan yang memberi manfaat terhadap 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 3:46 AM