CERMIN yang pecah selepas dibaling dengan objek oleh individu yang tidak dikenali. FOTO Zaman Huri Isa
CERMIN yang pecah selepas dibaling dengan objek oleh individu yang tidak dikenali. FOTO Zaman Huri Isa
Muhamaad Razis Ismail


CERMIN gereja dan kuil di Jalan Hamzah, Kota Bharu, pecah selepas dibaling objek oleh lelaki yang tidak dikenali, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu yang membabitkan dua bangunan bersebelahan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian disedari paderi Goo Siew Lai, 42, yang berada gereja itu.

Siew Lai berkata, ketika kejadian dia sedang membaca buku di tingkat dua gereja itu sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah.

Katanya, dia terus bergegas ke tempat berkenaan dan melihat cermin di hadapan gereja pecah.

"Saya sempat lihat seorang lelaki sedang membaling objek ke arah gereja.

"Lelaki itu kemudian menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina sebelum motosikal yang ditunggang dua lelaki merempuh belakang kenderaannya.

"MPV itu bagaimanapun tidak berhenti dan terus beredar meninggalkan lokasi kejadian," katanya di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

"Ini adalah kejadian kedua selepas kali pertama berlaku 3 Januari lalu mengakibatkan cermin di tingkat tiga pecah.

"Kerugian dianggarkan RM3,000," katanya.

Keterangan gambar

PASUKAN forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian

CERMIN gereja yang pecah selepas dibaling dengan objek keras, tengah malam tadi. Gambar Zaman Huri Isa ( dalam sistem)

#kw cermin kuil dan gereja pecah, Goo Siew Lai

#loc 6.1167854999999998, 102.27768380000001

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 4:18 PM