SYOBIRIN (tiga kiri) berbincang dengan anggotanya sebelum melakukan rondaan untuk mencari Alif Aiman. FOTO Syamsi Suhaimi
SYOBIRIN (tiga kiri) berbincang dengan anggotanya sebelum melakukan rondaan untuk mencari Alif Aiman. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali


PENCARIAN kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan di Kampung Pak Limah, Salor, Kota Bharu, menggunakan unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada hari ketiga.

Alif Aiman Mohd Adli, 12, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika membasuh kaki di sungai berkenaan 4.10 petang, kelmarin.

Mangsa bersama empat rakannya bermain di kawasan itu untuk membaling batu ke sungai sebelum hilang dihanyutkan arus deras.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Kanan II Syobirin Abd Kadir berkata, dalam operasi hari ini 114 anggota termasuk pegawai daripada bomba dan empat anggota unit K9, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Katanya, unit K9 dipanggil untuk membantu operasi dengan menggunakan dua anjing.

"Kita mulakan operasi pada 9 pagi dan ibu bapa mangsa turut terbabit dalam pencarian anaknya.

"Kita harap mangsa ditemui memandangkan ia memasuki hari ketiga dan pencarian di sekitar lima kilometer dari lokasi mangsa jatuh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Superitendan Ibrahim Sharif berkata, pihaknya membuka siasatan sebagai orang hilang.

Harian Metro melaporkan kanak-kanak berkenaan berkenaan bersama empat rakan ke sungai itu untuk membaling batu sebelum dia terjatuh ketika membasuh kaki.

Berita berkaitan:

Alif Aiman belum dijumpai

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 3:31 PM