Penduduk Kampung Bukit Mentok di Kemaman mula berpindah selepas air semakin meningkat memasuki kediaman mereka. FOTO Rosli Ilham
Penduduk Kampung Bukit Mentok di Kemaman mula berpindah selepas air semakin meningkat memasuki kediaman mereka. FOTO Rosli Ilham
Helmy Abd Rahman


JUMLAH mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,313 orang daripada 327 keluarga sehingga 9 malam ini berbanding 1,036 orang (275 keluarga) petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan, Kemaman mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,107 mangsa (250 keluarga) yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Dungun pula, jumlah mangsa menurun sedikit iaitu seramai 206 orang (77 keluarga) berbanding 252 orang (92 keluarga) siang tadi ditempatkan di dua PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 10:02 PM