Pertunjukan bunga api di ruang udara Putrajaya sempena sambutan Tahun Baru 2018. - Foto MOHD FADLI HAMZAH
Pertunjukan bunga api di ruang udara Putrajaya sempena sambutan Tahun Baru 2018. - Foto MOHD FADLI HAMZAH
Mohd Husni Mohd Noor


LEBIH 500,000 pengunjung Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2017 memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru 2018 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya, malam tadi.

Sambutan Tahun Baru 2018 dimulakan dengan kiraan detik 12 tengah malam sebelum pertunjukan bunga api dan bunga api digital selama hampir 5 minit.

Program turut dimeriahkan dengan persembahan solo violin oleh Endang Hyder membawa lagu Kun Anta dan Thinking Out Loud.

Terdahulu, pada program sama, Perbadanan Putrajaya (PPj) turut menyampaikan hadiah Pertandingan LAMPU Kreativiti 3R kepada agensi yang berjaya menghasilkan rekaan arca berunsurkan kitar semula sempena penganjuran LAMPU 2017 sepanjang tiga hari lalu.

Johan dimenangi AR Rad Architects PLT menerusi arca The Flaming of Lines sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan trofi.

Tempat kedua Eclat Sdn Bhd dan ketiga (Juhari & Hashim Chartered Architects).

Sementara itu, Presiden PPj Datuk Seri Hasim Ismail berkata, jumlah pengunjung LAMPU 2017 melebihi sasaran dengan jumlah direkodkan pada hari terakhir seramai 1.2 juta berbanding satu juta disasarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2018 @ 12:41 AM