GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Husni Mohd Noor


MENJELANG minggu terakhir 2017 menyaksikan Selangor kekal mendahului jumlah terkumpul kes denggi tahun ini dengan keseluruhan 44,451 kes bermula Januari hingga 23 Disember lalu.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, selain kes terkumpul tahunan, Selangor turut mendahului kes harian pada23 Disember iaitu 50 kes.

Dalam pada itu, 170 kematian direkodkan akibat demam denggi bermula 1 Januari hingga 16 Disember lalu.

Sementara itu, statistik sama merekodkan, Johor mencatatkan kes terkumpul sebanyak 7,792 diikuti Kuala Lumpur (7,671 kes); Perak (5,331 kes); Negeri Sembilan (3,022 kes); Pulau Pinang (2,573; Kelantan (2,504 kes) dan Sabah dengan 2,452 kes.

Manakala, Wilayah Persekutuan Labuan kekal dengan jumlah kes terendah iaitu 87 kes selain Perlis (174 kes); Terengganu (287 kes); Putrajaya (551 kes) dan Sarawak dengan 931 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2017 @ 6:53 PM