Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


BUAYA tembaga sepanjang 3.7 meter ditangkap di kawasan semak di Pantai Air Leleh, Pekan, 11.50 pagi hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Anuar Hassan berkata, buaya itu ditemui beberapa penduduk kampung yang melalui kawasan semak berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Pihak bomba mengambil masa lebih sejam sebelum reptilia itu berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan di Kuantan.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dengan bantuan orang ramai berjaya menangkap buaya di Pantai Air Leleh. FOTO ihsan bomba
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dengan bantuan orang ramai berjaya menangkap buaya di Pantai Air Leleh. FOTO ihsan bomba

Katanya, reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.10 petang.

Difahamkan haiwan itu kini berada di bawah jagaan PERHILITAN negeri dan dijangka dilepaskan di kawasan bersesuaian atau diletakkan di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 @ 5:50 PM