ANTARA dadah yang dirampas dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
ANTARA dadah yang dirampas dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Kalidevi Mogan Kumarappa


SERAMAI 30 individu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad berkata, dalam serbuan pada 1 pagi, tangkapan membabitkan 16 lelaki tempatan, dua wanita tempatan manakala selebihnya adalah wanita warga Vietnam.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan tiga pegawai dan 16 anggota BSJN IPD Cheras menyerbu pusat hiburan berkenaan kerana disyaki menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah.

"Satu tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala enam lagi masing-masing disiasat di bawah Seksyen 12 (2) akta sama, masing-masing atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah," katanya dalam kenyataan media.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati 23 daripada mereka positif dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2017 @ 2:36 PM