MOHD  Anis (kanan) melawat gerai pameran di MyFarm Outlet, semalam.
MOHD Anis (kanan) melawat gerai pameran di MyFarm Outlet, semalam.
HM Digital

Putrajaya: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan peningkatan program berteras industri asas tani (IAT) bagi melonjakkan pendapatan usahawan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Mohd Anis Mohd Yasin berkata, langkah meningkatkan promosi produk IAT di peringkat antarabangsa bagi pasaran lebih luas dan membawa pulangan lumayan.

“FAMA menjalankan program bagi meningkatkan IAT menerusi empat komponen termasuk membangunkan produk dan penjenamaan IAT, penambahbaikan pembungkusan dan label serta pendaftaran produk di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) supaya dapat dipasarkan ke peringkat global.

“Kita membangunkan vendor yang memberi produk berkualiti
di pasaran,” katanya pada Program Jualan dan Sudut Uji Rasa Produk Usahawan Industri Asas Tani (IAT) FAMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di MyFarm Outlet di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2017 @ 7:26 AM