Sultan Sharafuddin berkenan bergambar bersama Ahli MAIS baru. Turut hadir Mohamed Azmin (lapan kanan). FOTO Roslin Mat Tahir
Sultan Sharafuddin berkenan bergambar bersama Ahli MAIS baru. Turut hadir Mohamed Azmin (lapan kanan). FOTO Roslin Mat Tahir
Ayusliza Azizan


MANTAN Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi dilantik Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuat kuasa 1 Januari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik beliau menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan selepas dilantik ke jawatan itu sejak 2005.

Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS baru bagi sesi 2018 hingga 2020 disempurnakan bersama Majlis Santapan Tengah Hari bersama 423 Imam Masjid seluruh Selangor di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

ŽSultan Selangor turut berkenan melantik dan menerima sembah menghadap tiga anggota MAIS yang baru bagi sesi 2018 hingga 2020 iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Dr Mohd Farid Ravi Abdullah; Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali@Hambali serta Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian.

ŽPelantikan sebagai anggota MAIS itu berkuatkuasa mulai 1 Januari ini sehingga 31 Disember 2020 dan menjadikan keseluruhan anggota MAIS seramai 20 orang.

ŽPada majlis sama Sultan Sharafuddin berkenan menerima wakaf berjumlah RM5 juta daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam dan pemberian tanah wakaf daripada kerajaan negeri serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seluas empat hektar bernilai RM74 juta untuk pembinaan Maahad Tahfiz Sains Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2017 @ 3:25 PM