ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan berhampiran Jalan Papar Lama.
ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan berhampiran Jalan Papar Lama.
HM Digital

Penampang: Seorang lelaki maut selepas bertarung nyawa lebih tiga jam akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam kejadian kemalangan di Jalan Papar Lama berhampiran Kampung Kionggu, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Anderson Lau Kam Kui, 20, yang sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 pagi, semalam. Terdahulu, dalam kejadian jam 11.50 malam itu, mangsa bersama pemandu Noel Sibastian, 18, menaiki kenderaan Proton Saga dalam perjalanan dari arah pekan Donggongon ke simpang Kampung Maang, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2017 @ 9:11 AM