DUA kanak-kanak ini leka bermain air ketika banjir melanda di sekitar Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu. FOTO Bernama
DUA kanak-kanak ini leka bermain air ketika banjir melanda di sekitar Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu. FOTO Bernama
Isma Ismail


TERENGGANU catat penurunan kepada 1,080 mangsa banjir orang daripada 285 keluarga di 38 PPS, pagi ini.

Malam tadi, 1,100 mangsa daripada 288 keluarga.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, Besut masih lagi mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 889 daripada 236 keluarga di 19 PPS.

Bagaimanapun, jumlah itu sedikit menurun berbanding tengah malam tadi iaitu 909 orang daripada 239 keluarga di 22 PPS.

Ia diikuti Kuala Terengganu dengan 53 mangsa daripada 14 keluarga di dua PPS sama seperti jumlah tengah malam tadi.

Begitu juga di Marang apabila mencatatkan 41 orang daripada 12 keluarga di dua PPS turut kekal seperti sebelumnya.

Dungun dan Kuala Nerus masing-masing kekal dengan 35 orang yang masih ditempatkan di dua PPS di setiap kawasan itu.

Dua puluh tujuh orang daripada lima keluarga masih kekal ditempatkan di satu PPS di Setiu pada pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 10:51 AM