HULU TERENGGANU 29 NOVEMBER 2017. Abdullah Yusof, 71 menaiki perahu mengharungi banjir sejauh 500 meter untuk ke jalan utama di Kampung Matang. NSTP/GHAZALI KORI GHAZALI KORI
HULU TERENGGANU 29 NOVEMBER 2017. Abdullah Yusof, 71 menaiki perahu mengharungi banjir sejauh 500 meter untuk ke jalan utama di Kampung Matang. NSTP/GHAZALI KORI GHAZALI KORI
Isma Ismail


MANGSA banjir di Terengganu menurun kepada 1,787 orang daripada 517 keluarga, tengah hari ini berbanding 2,432 orang daripada 833 keluarga, 9 pagi tadi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di Besut meningkat daripada 842 orang daripada 250 keluarga di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) kepada 1,444 orang daripada 408 keluarga di 34 PPS pada tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, Hulu Terengganu mencatatkan penurunan jumlah mangsa teramai apabila kini hanya mencatatkan 58 orang daripada 29 keluarga di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Pagi tadi, 791 orang daripada 364 keluarga ditempatkan di 18 PPS di daerah itu.

Lima daerah lain juga mencatatkan penurunan jumlah mangsa pada tengah hari ini termasuk Setiu yang kini hanya menempatkan 79 mangsa daripada 22 keluarga di lima PPS berbanding 378 orang daripada 104 keluarga di 10 PPS sebelumnya.

Di Marang pula masih menempatkan seramai 60 mangsa daripada 20 keluarga di enam PPS berbanding 70 orang daripada 21 keluarga di PPS yang sama pagi tadi.

Jumlah mangsa di Dungun turut berkurang kepada 51 orang daripada 14 keluarga di tiga PPS manakala dan Kuala Nerus menurun dengan 47 orang daripada 12 keluarga di dua PPS pada tengah hari ini.

Kuala Terengganu turut menurun kepada 48 orang daripada 12 keluarga di satu PPS berbanding 59 orang daripada 13 keluarga.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 3:28 PM