Seorang sarjan (tengah) direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan rasuah. FOTO Fathil Asri
Seorang sarjan (tengah) direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan rasuah. FOTO Fathil Asri
Siti Nor Hidayatidayu Razali


SARJAN polis yang disyaki meminta rasuah RM1,800 daripada seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan di Mahkamah Majistret, Kota Bharu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 50 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen Norida Mohd Husin.

Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah pada 10 pagi oleh kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Anggota polis berkenaan ditahan pada 3 petang semalam disyaki meminta rasuah RM1,800 di sebuah restoran di Pengkalan Datu, Kota Bharu sebagai dorongan menyelesaikan kes berkaitan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 1:07 PM