Sebahagian daripada  kanak-kanak Rohingya yang menyertai Larian Kemanusiaan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2017 di UNITEN, semalam.
Sebahagian daripada kanak-kanak Rohingya yang menyertai Larian Kemanusiaan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2017 di UNITEN, semalam.
HM Digital

Bangi: Seramai 1,700 peserta membabitkan pelbagai lapisan umur memeriahkan larian kemanusiaan Walk4Humanity sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2017 anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerusi agensinya Rose2Rose.

Penasihat Rose2Rose Dr Fauziah Mohd Hassan berkata, penganjuran kali keempat ini bagi mengumpul dana berterusan untuk memperkasakan wanita dan pendidikan kanak-kanak di pusat komuniti Rose2Rose di Malaysia, Gaza, Antakya di Turki dan Syria.

“MyCARE menyasarkan kutipan RM500,000 dan dana terkumpul sehingga hari ini berjumlah RM300,000.

“Kami akan pergi ke Cox’s Bazar, Bangladesh pada 25 November ini untuk menyampaikan barangan asas seperti tilam dan kelambu bagi mengelakkan jangkitan nyamuk lebih-lebih lagi pada musim hujan di sana,” katanya ketika ditemui media di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 11:03 AM