WAN Ahmad  (dua dari kanan) menyampaikan replika cek   kepada  Ahmad Zaini  (dua dari kiri) untuk Tabung Bencana NSTP-Media Prima sambil diperhatikan Tan (tengah) dan Tham (kanan).
WAN Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Ahmad Zaini (dua dari kiri) untuk Tabung Bencana NSTP-Media Prima sambil diperhatikan Tan (tengah) dan Tham (kanan).
Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd menerusi badan kebajikan mereka Yayasan Hai-O menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Dalam majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Balai Berita NSTP semalam, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee turut menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak RM50,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM100,000.

Replika cek berkenaan disampaikan Pengerusi Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar kepada Pengarang Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Turut hadir Pengurus Besar Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd Tham Yoke Lon.

Sementara itu Wan Ahmad berkata, sumbangan yang dihulurkan itu diharapkan dapat meringankan beban dan kesusahan yang dihadapi mangsa banjir di negeri berkenaan.

“Kami faham dan bersimpati dengan mangsa yang tertekan dari segi mental dan emosi akibat bencana banjir.

“Kesedihan dilalui mereka turut dirasai kerana kami dimaklumkan premis cawangan di Butterworth juga ditenggelami air,” katanya.

Katanya, banyak produk dan stok jualan yang disimpan di premis berkenaan rosak teruk menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Katanya, atas dasar kemanusiaan, pihaknya berharap sumbang itu dapat memberi manfaat dan meringankan bebanan yang ditanggung mangsa banjir untuk membina kehidupan baru.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 4:43 AM