ANGGOTA bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran dan api dipadamkan dua jam kemudian. FOTO  Ramli Ibrahim
ANGGOTA bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran dan api dipadamkan dua jam kemudian. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


KILANG memproses tandan sawit untuk dijadikan fiber di kawasan perindustrian Gua Musang, musnah 70 peratus dalam kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian 1.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, kejadian disedari pekerja kilang itu sebelum bomba dihubungi pada 1.49 pagi.

Katanya, 18 anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita mengambil masa 20 minit untuk mengawal api daripada terus merebak berikutan kawasan kilang yang luas.

"Api dapat dipadamkan sepenuhnya dua jam kemudian" katanya.

Anuar menyifatkan kebakaran kilang memproses tandan sawit adalah terbesar berlaku di daerah ini pada tahun ini.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 7:41 PM