ZAINUDIN (tiga kanan) menyerahkan zakat bernilai RM10,000 kepada Zamil sempena Program UDA Outreach. Pusat Pengajian Al Aziz di Bakar Kapor, Penaga antara enam pusat pengajian yang menerima sumbangan zakat daripada UDA Land North. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Zulfa Mohamad

UDA Land North Sdn Bhd, pemaju hartanah yang juga anak syarikat UDA Holdings Berhad mengagihkan RM60,000 zakat kepada enam pusat pengajian di Pulau Pinang.

Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan RM420,000 yang diagihkan kepada golongan memerlukan di beberapa lokasi sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Ketua Pegawai Operasi UDA Land North, Zainudin Deni berkata, enam pusat pengajian terpilih masing-masing menerima RM10,000 untuk pembangunan pendidikan pelajar.

Katanya, pusat pengajian berkenaan ialah Pusat Pengajian Al-Aziz Bakar Kapor, Penaga; Tetuan Surau Al-Syaakirin, Pokok Sena dan Sekolah Menengah Ibrah, Permatang Pauh.

Tiga lagi ialah Tetuan Darul Ulum Al-Banuriyyah, Permatang Pauh; Projek Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia dan Yayasan Lestari Balik Pulau.

"Kami bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi (MAINPP) mengenal pasti pusat pengajian yang memerlukan bantuan," katanya.

ZAINUDIN (berdiri, kanan) beramah mesra bersama sebahagian murid diiringgi Zamil (berdiri, dua kiri) sempena Program UDA Outreach di Pusat Pengajian Al Aziz, Bakar Kapor, Penaga. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Sementara itu, Setiausaha Pusat Pengajian Al-Aziz, Zamil Umar berkata, pihaknya kini beroperasi di bangunan baru lapan bulan lalu berikutan bangunan lama sudah usang.

Katanya, pihaknya masih berhutang dengan kontraktor RM15,000 selepas membina bangunan baru membabitkan kos RM400,000 tetapi bantuan UDA meringankan beban pihak pengurusan.

Pusat Pengajian Al-Aziz mempunyai 80 kanak-kanak pra sekolah berusia antara empat dan tujuh tahun dan 100 pelajar Kelas Qiraati berusia antara tujuh dan 16 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 12:02 PM