P KARUNAGARAN (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana merogol seorang remaja perempuan. FOTO Muhaizan Yahya
P KARUNAGARAN (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana merogol seorang remaja perempuan. FOTO Muhaizan Yahya
Muhammad Apendy Issahak


PEKERJA kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun.

P Karunagaran, 20, dituduh melakukan kesalahan itu pada 12.45 tengah malam 26 Oktober dan 2.30 pagi 27 Oktober lalu di Taman Batu Gajah Perdana, Batu Gajah.

Tertuduh yang diwakili peguam R Rajasegaran didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman dihadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Karunagaran bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Naidatul Athirah meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan, manakala pihak pembelaan memohon jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Zulqarnain kemudian menetapkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 10:52 AM