IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Recqueal Raimi


RUMAH pekerja enam pintu milik Lembaga Tabung Getah Sabah di Kampung Topokon Tamparuli, Tuaran, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran membabitkan lima sekeluarga yang mendiami satu daripada enam pintu rumah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Qawie Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.42 pagi.

“Keadaan struktur rumah pekerja diperbuat daripada kayu menyebabkan api mudah merebak dan kebakaran dikawal pada 3.14 pagi.

“Proton Iswara Aeroback rosak di bahagian belakang akibat terkena bahang api dan operasi memadam kebakaran ditamatkan sepenuhnya pada 4.17 pagi," katanya.

Qawie berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 10:08 AM