Nur Syazwana Mansor


SERAMAI 18 pendaki Gunung Jerai gagal menyeberangi sungai berdekatan Pusat Rekreasi Air Terjun Titi Hayun, Yan akibat arus deras disebabkan hujan lebat, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan Radzi Talib ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.46 petang.

Katanya, seramai lima anggota bomba bersama seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati terdapat 18 mangsa itu kakitangan Kementerian Kesihatan Perak.

Katanya, sungai itu antara trek laluan mereka dalam ekspedisi pendakian namun tidak dapat dilalui akibat arus deras.

"Ketika ini operasi menyelamat mangsa sedang dilakukan dan pihak kami sedang berdepan kesulitan akibat hujan lebat dan arus deras," katanya ketika dihubungi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 9:30 PM