DUA suspek  ditahan polis bersama  daun ketum di dalam kereta.
DUA suspek ditahan polis bersama daun ketum di dalam kereta.
HM Digital

Sik: Dua lelaki dicekup polis bersama 200 kilogram daun ketum menerusi operasi Snap and Check di Jalan Kampung Kuala Roman, Jeneri, dekat sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.15 tengah hari ketika membawa daun ketum itu yang dibungkus dalam plastik dan disumbat di dalam kereta Perodua Alza.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sik.

“Hasil pemeriksaan
ke atas kereta dinaiki mereka mendapati beberapa bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum dan disusun di bahagian but dan tempat duduk belakang seberat 200 kilogram dan bernilai RM2,600,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 10:00 AM