Najib bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew Keong (kanan) dan Ahmad Bashahmelihat produk yang dihasilkan dengan mengunakan getah ketika hadir pada program Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Bantuan Musim Ketujuh Kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di Dataran KEDA, Jalan Langgar.FOTO AMRAN HAMID
Najib bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew Keong (kanan) dan Ahmad Bashahmelihat produk yang dihasilkan dengan mengunakan getah ketika hadir pada program Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Bantuan Musim Ketujuh Kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di Dataran KEDA, Jalan Langgar.FOTO AMRAN HAMID
Suzalina Halid


SERAMAI 500,730 pekebun kecil getah di seluruh negara menerima manfaat peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM200 sebulan daripada kerajaan yang mula dibayar hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, insentif bantuan itu membabitkan RM300 juta yang dibayar berperingkat sepanjang bulan ini, Disember dan Januari.

Beliau berkata, di Kedah sahaja, 75,000 pekebun kecil getah menerima bantuan itu yang bernilai RM45 juta dibayar melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM).

"Jadi untuk Kedah bagi bantuan musim tengkujuh, BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM600 juta dan bantuan lain kepada nelayan, pesawah, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi, ia membabitkan lebih RM12 bilion dana suntikan untuk rakyat Kedah.

"Banyak lagi bantuan khusus untuk rakyat Kedah dan jumlah RM12 bilion itu tak termasuk bantuan untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA, ketua kampung, penghulu, penjawat awam dan banyak lagi," katanya berucap sempena program pemimpin bersama rakyat dan penyerahan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Dataran KEDA, dekat Pokok Sena, di sini, hari ini.

Beliau kemudian menyampaikan bantuan itu kepada 10 penoreh getah dari Pokok Sena dan Alor Setar selain menyampaikan Anugerah Pekebun Kecil anjuran LGM kepada semua pemenang membabitkan tiga kategori iaitu Anugerah Getah Muda, Getah Dewasa/Matang dan Pekebun Kategori Orang Asli@Pribumi.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pada majlis sama, Najib turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM200 juta untuk tujuan pembangunan sektor industri pekebun kecil penoreh getah negara, dengan tiga inisiatif khusus dirangka.

Menurutnya peruntukan berkenaan akan digunakan khusus untuk tujuan pembangunan bagi memberi nafas baharu kepada sektor berkenaan yang terbukti mempunyai masa depan amat cerah.

"Inisiatif itu antaranya pembangunan infrastruktutr khusus supaya penoreh tidak lagi bergantung kepada pengeluaran getah beku, sebaliknya menjadi pengeluar lateks yang akan menjamin pendapatan lebih.

"Pekebun getah juga akan diberikan klon baharu '1Malaysia' dihasilkan LGM yang menjamin pengeluaran hasil lebih tinggi berbanding benih lain.

"Kita juga melihat dari segi kaedah torehan yang boleh dilakukan pembaharuan dengan suntikan teknologi baharu iaitu sistem torehan intensiti rendah (LITS) supaya ia boleh hasilkan pengeluaran tinggi," katanya.

Perdana Menteri berkata, bagi menjamin permintaan, pihaknya mengarahkan supaya sebahagian jalan raya di negara ini dibuat menggunakan getah yang diletak pada permukaan jalan.

"Walaupun kosnya 15 peratus lebih tinggi daripada biasa, penjimatan penyelenggaraan jalan sangat ketara.

"Selain getah yang ada permintaan, pokok getah itu sendiri khususnya batang menjadi sumber untuk penghasilan perabut dan bekalan kayu getah mendapat permintaan sangat tinggi di negara maju seperti Amerika Syarikat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 9:55 PM