SUSPEK yang ditahan AADK dalam operasi. FOTO ihsan AADK
SUSPEK yang ditahan AADK dalam operasi. FOTO ihsan AADK
Azahar Hashim


LAPAN lelaki ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kulim dalam operasi sejak kelmarin hingga semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kulim, Sabarinah Aliuddin berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan dan menahan penagih dadah di daerah itu.

Menurutnya, antara kawasan yang terbabit dalam operasi itu adalah Mukim Karangan, Felda Gong Bongsu dan Lunas.

"Hasil serbuan itu kita menahan lapan orang berusia 20 hingga 45 tahun disyaki penagih dadah dan merampas senjata tajam seperti pisau serta parang bersama beberapa paket serbuk putih disyaki dadah jenis opiat dan methaphetamine.

"Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan, hari ini.

ANTARA senjata yang dirampas AADK. FOTO ihsan AADK
ANTARA senjata yang dirampas AADK. FOTO ihsan AADK

Sabarinah berkata, senjata itu dirampas dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah dan susulan penahanan itu tiga daripada mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"AADK komited untuk membasmi kegiatan penagihan dadah dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 7:56 PM