CJ WOW SHOP

CJ WOW SHOP menawarkan diskaun sehingga 60 peratus untuk produk dan lima peratus mata ganjaran untuk pembelian seterusnya sepanjang kempen #MyCyberSale 2017.

Tawaran eksklusif ini berlangsung dari 9 hingga 13 Oktober ini hanya melalui portal www.cjwowshop.com.my dan aplikasi mudah alih.

#MyCyberSale adalah jualan dalam talian terbesar di Malaysia sejak 2014 dan tahun ini ia diterajui Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom).

Penyertaan CJ WOW SHOP untuk kempen ini bukan saja memberi peluang kepada pelanggan menikmati tawaran berganda, malah turut memberi ruang kepada pemilik jenama untuk lebih dikenali di kalangan pelanggan.

Antara jenama yang terbabit untuk jualan ini yang ditawarkan melalui CJ WOW SHOP adalah ELBA, Ariani dan V'Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 5:23 PM