Hamid (dua dari kanan) diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman, hari ini. FOTO Mohd Adam Arinin
Hamid (dua dari kanan) diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman, hari ini. FOTO Mohd Adam Arinin
Norasikin Daineh


ADIK Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Hamid Apdal direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan RM1.5 bilion dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah.

Hamid, 52, yang juga ahli perniagaan sebelum ini memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah dan ditahan pada 9.30 malam, semalam.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Adik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu hadir ke mahkamah dengan diiringi pegawai SPRM dan dibawa masuk ke kamar majistret kira-kira jam 12 tengah hari.

Pada prosiding itu, SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin manakala Hamid diwakili peguam Martin Tommy, Loretto Padua Jr, Cedric Choo dan Hamid Ismail.

Setakat ini, seramai tujuh individu termasuk empat ahli politik sudah ditahan reman di Sabah dan Putrajaya bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes berkenaan.

Di Sabah, individu yang ditahan reman ialah Naib Presiden WARISAN Datuk Peter Anthony, 46, dan Ketua Wira parti itu Datuk Mohd Azis Jamman, 43.

Tiga lagi ialah Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar, 43, Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, 44, dan seorang ahli perniagaan berusia 52 tahun.

Di Putrajaya, seorang wanita berusia 40 tahun yang juga bekas Timbalan Setiausaha di sebuah kementerian persekutuan turut ditahan reman bagi membantu kes sama.

SPRM sebelum ini mendedahkan siasatan kes penyelewengan dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah membabitkan nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarkan peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri itu antara 2010 hingga 2015.

Berita berkaitan:

Adik Shafie Apdal ditahan

Adik Shafie Apdal pula dipanggil SPRM

Penyokong penuhi perkarangan mahkamah [METROTV]

Mohd Azis disiasat SPRM sekali lagi

Shafie sedia bantu siasatan

SPRM dah kenal pasti 32 individu

Naib Presiden WARISAN direman [METROTV]

Apa? Seleweng RM180 juta [METROTV]

Seleweng RM1.5 bilion

Pemimpin kanan WARISAN antara tiga ditahan SPRM

SPRM ‘mengganas’ lagi, RM29 juta disita

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 1:40 PM