Sebahagian individu dikehendaki untuk bantu siasatan. FOTO Ihsan Polis
Sebahagian individu dikehendaki untuk bantu siasatan. FOTO Ihsan Polis
Izlaily Nurul Ain Hussein

POLIS Johor mengeluarkan identiti 40 individu yang dikehendaki pihaknya bagi membantu siasatan dalam beberapa kes bunuh, cubaan membunuh dan membunuh tanpa sengaja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mereka yang semuanya lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes yang sedang disiasat bagi seluruh Kontinjen Johor.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 34 dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Mereka yang dikehendaki bagi kes itu ialah Santhira, 31, (Teluk Intan, Perak); G Denishkumar, 27, (Cheras, Selangor); Mohamad Safiq Noryadi, 21, (Johor Bahru, Johor); M Raguraman, 40, (Kuala Lipis, Pahang); R Kartigesan, 27, (Johor Bahru, Johor); R Selvanathan, 29, (Segamat, Johor); S Mrugan, 40, (Kedah); Sulaiman Md Ibrahim, 57, (Kulim, Kedah); Sapingai Abd Rahman, 62, (Petaling Jaya, Selangor) dan S Yathirajan, 27, (Layang-layang, Johor).

"Turut dikehendaki bagi membantu kes mengikut Seksyen 302 KK ialah Abas Zakaria, 39, (Johor Bahru, Johor); B Kanakesuaran, 38, (Segamat, Johor); K Nimalan, 22, (Gelang Patah, Johor); P S Prasad, 24, (Masai, Johor); R Supramaniam, 24, (Gelang Patah, Johor); Ng Jooi Thong, 33, (Johor Bahru, Johor); Sharin Muhamad Shah, 26, (Kota Tinggi, Johor); Lee Kim Chai, 57, (Benut, Johor); Khairul Nizam Jamil, 35, (Teluk Intan, Perak) dan Mohamad Fuad Suliman, 26, (Johor Bahru, Johor).

"Mereka yang dikehendaki termasuk Wong Soon Sian, 26, (Kluang, Johor); Koi Tian Yen, 46, (Kahang, Johor); Ridwan Muhiddin, 30, (Jenjarom, Selangor); Ahmad Nazrul Mamat, 28, (Johor Bahru, Johor); Muhamad Hafffiz Abd Aziz, 31, (Masai, Johor); Tan Teck Wee, 43, (Tangkak, Johor); Mohd Azlan Jamaludin, 35, (Johor Bahru, Johor); Tang Sun Kum, 64, (Johor Bahru, Johor); Ausman Mohd Dahlan, 55, (Johor Bahru, Johor) dan Tan Han Sheng, 28, (Johor Bahru, Johor)," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, empat lagi yang dikehendaki dalam kes itu ialah Pang Hon Sang, 39, (Johor Bahru, Johor); Isa Abdullah, 52, (Bukit Pasir, Johor); Goh Chai Soon, 63, (Muar, Johor) dan Cheong Shyr Lin, 39, (Ulu Tiram, Johor).

Katanya, lima daripada 40 senarai individu itu pula dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 KK kerana cubaan membunuh iaitu Johnny Lo Chi Yung, 37, (Kota Kinabalu, Sabah); Yew Siaw Chung, 49, (Johor Bahru, Johor); Chua Boon Heong, 42, (Klang, Selangor); Foo Kwok Soh, 41, (Kuching, Sarawak) dan U S Suresh, 46, (Taiping, Perak).

Manakala seorang lagi dikehendaki untuk kes mengikut Seksyen 304 KK kerana membunuh tanpa niat iaitu Sudaman Kasni, 42, dari Johor Bahru, Johor.

Azman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang disenaraikan itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

"Mereka juga boleh terus menghubungi Deputi Superintendan Junainah M Kosbollah di talian 019-7051222 atau 07-2254679 (Polis Kontinjen Johor)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 7:28 PM