ANTARA murid yang menyertai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu. FOTO Hamzah Osman
ANTARA murid yang menyertai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


MAJLIS Penutupan Bulan Kemerdekaan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu, Langkawi berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti berunsurkan patriotik.

Acara yang bermula 7.30 pagi tadi, disertai lebih 600 murid serta guru sekolah dan dimulakan dengan perarakan basikal dan pakaian beragam, sebelum disusuli acara kemuncak pembentukan formasi angka 60 sempena 60 tahun kemerdekaan negara.

Guru Besarnya, Azmi Din berkata, sambutan kali ini dibuat besar-besaran dengan tema `Keharmonian Kaum', sejajar komposisi pelajar dan guru yang mewakili pelbagai kaum.

Beliau berkata, sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah itu dianjurkan sejak 16 Ogos lalu dan ia adalah acara tahunan bagi menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan murid serta guru.

"Antaranya, kita menganjurkan Kuiz 1Malaysia, Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Kemerdekaan, Persembahan Koir dan Pakaian Beragam membabitkan penyertaan murid tahun satu hingga enam.

"Ekoran itu, kita mengadakan majlis penutupan besar-besaran, hari ini dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk perarakan basikal, pakaian pelbagai kaum dan persembahan nyanyian serta deklamasi saja patriotik.

"Tujuannya adalah untuk memupuk semangat patriotik kepada generasi muda agar meneruskan perjuangan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh yang lalu," katanya ketika ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 1:58 PM