Nur Saliawati Salberi


SERAMAI 11 bayi Maal Hijrah yang dilahirkan di Hospital Melaka, antara 7.40 petang semalam hingga 7.11 pagi tadi, diraikan pada Majlis Tahnik Sambutan Bayi Maal Hijrah Peringkat Negeri 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, daripada 11 bayi yang dilahirkan itu, enam adalah lelaki manakala lima perempuan.

"Alhamdulillah, semua berada dalam keadaan sihat dan bayi yang terberat dilahirkan adalah lelaki dengan berat 3.95 kilogram.

"Program ini diadakan bagi meraikan bayi yang dilahirkan sempena Maal Hijrah iaitu tarikh bersejarah dalam kalendar Islam," katanya.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ghazali Othman.

Pada majlis itu, pendakwah, Datuk Abdul Rahim Abdul Chalik membaca doa dan melakukan tahnik ke atas bayi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2017 @ 11:56 AM
Abdul Rahim membaca doa tahnik pada bayi yang dilahirkan pada Maal Hijrah. FOTO Hatim Ab Manan
Abdul Rahim membaca doa tahnik pada bayi yang dilahirkan pada Maal Hijrah. FOTO Hatim Ab Manan