TAJUDDIN (kiri) menyampaikan anugerah kepada Mohamad (tengah). Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr Mohamad Roff Mohd Noor (kanan). FOTO Asyraf Hamzah
TAJUDDIN (kiri) menyampaikan anugerah kepada Mohamad (tengah). Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr Mohamad Roff Mohd Noor (kanan). FOTO Asyraf Hamzah
Mohd Nasif Badruddin


WARTAWAN Agro Harian Metro, Mohamad Hussin diumumkan pemenang Anugerah Wartawan Tekno MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) 2017 (Penulisan Bahasa Melayu) sempena Malam Anugerah Inovasi Tani MARDI, malam tadi.

Mohamad yang membawa pulang sijil dan plak mengungguli anugerah itu menerusi artikel bertajuk ‘Simpan Benih Padi Tradisional’ yang diterbitkan pada 8 Mac 2016.

Artikel itu mencatatkan edaran 179,231 naskhah pada hari berkenaan.

Anugerah yang turut mempertandingkan 10 kategori itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Terdahulu dalam ucapannya, Tajuddin meminta petani, penternak dan nelayan supaya mengubah minda dan sikap mereka sebagai usahawan tani serta memanfaatkan inovasi dijalankan MARDI dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Tajuddin berkata, golongan itu perlu mengamalkan pertanian baik dalam setiap aktiviti berkaitan dan meningkatkan kualiti supaya setanding dengan produk import.

Berita berkaitan:

Simpan benih padi tradisional

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 12:51 AM