BOT yang menyertai Perarakan Jalur Gemilang Parlimen Tumpat menyusuri Sungai Kelantan dari Pengkalan Sampan, Pasir Pekan hingga ke Pulau Beluru sempena sambutan Hari Malaysia. FOTO Fathil Asri
BOT yang menyertai Perarakan Jalur Gemilang Parlimen Tumpat menyusuri Sungai Kelantan dari Pengkalan Sampan, Pasir Pekan hingga ke Pulau Beluru sempena sambutan Hari Malaysia. FOTO Fathil Asri
Muhamaad Razis Ismail


ENAM PULUH bot menyertai perarakan menyelusuri Sungai Kelantan sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Program anjuran UMNO Bahagian Tumpat itu bermula 9 pagi, membabitkan 500 penumpang di sekitar Parlimen Tumpat.

Perjalanan sejauh 15 kilometer bermula dari jeti di Pasir Pekan menuju ke Kampung Pulau Beluru dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang sambil diiringi nyanyian lagu patriotik.

Dua bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Tumpat serta Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor turut menyertai perarakan terbabit.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz berkata, jumlah penyertaan 60 bot itu sebagai simbolik sambutan hari Kebangsaan negara baru-baru ini sekali gus dapat membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

"Sambutan Hari Malaysia kali ini mendapat sambutan luar biasa kerana kita membuat kelainan dengan mengadakan perarakan di sungai.

"InsyaAllah kita akan adakan sambutan ini sebagai acara tahunan berikutan sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Keterangan

SEBAHAGIAN bot yang menyertai perarakan sempena sambutan Hari Malaysia di sini, semalam. Gambar Fathil Asri

#kw Hari Malaysia, Jalur Gemilang, bot

#loc 6.1990689999999997, 102.169372

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2017 @ 4:35 PM