Keadaan tebing runtuh berhampiran lapan rumah di Taman Permai Utama, Fasa 1, Jalan Jeniang, Gurun. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan tebing runtuh berhampiran lapan rumah di Taman Permai Utama, Fasa 1, Jalan Jeniang, Gurun. - Foto Ihsan Bomba
Nur Syazwana Mansor


TANAH di tebing bukit yang runtuh dikhuatiri boleh menjejaskan lapan rumah di Taman Permai Utama, Fasa 1, Jalan Jeniang, Gurun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Saad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 2.55 petang, hari ini.

Menurutnya, beliau bersama enam anggota bomba bergegas ke lokasi dan mendapati berlaku runtuhan tanah di tebing bukit setinggi 30 meter itu.

"Tinjauan mendapati ada kesan mendapan tanah di belakang tiga rumah.

"Kami mengambil tindakan memasang sawar-sawar di lokasi tanah runtuh manakala penghuni kediaman yang berisiko dinasihatkan berpindah ke lokasi selamat buat sementara waktu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 11:04 PM