MOHD Fadzil (tiga dari kiri) bergambar bersama penerima anugerah, semalam.
MOHD Fadzil (tiga dari kiri) bergambar bersama penerima anugerah, semalam.
Siti Fatimah Nasir


Kuala Lumpur: Seramai 27 anak kakitangan anggota koperasi New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama tahun lalu menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Koperasi 2017 di Balai Berita NSTP Jalan Riong, di sini, semalam.

Mereka yang dipilih berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masing-masing menerima wang tunai serta sijil penghargaan.

Pengerusi Koperasi NSTP Mohd Fadzil Abdul Ghani berkata, kecemerlangan yang diraih oleh anak kakitangan anggota koperasi adalah satu kejayaan yang perlu dihargai.

“Anugerah kecemerlangan yang dianjurkan setiap tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada anak kakitangan yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Diharapkan anugerah ini dapat mendorong dan menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Balai Berita, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 4:19 AM