GAMBAR ihsan APMM
GAMBAR ihsan APMM
Hadzlihady Hassan


NELAYAN yang terjatuh bot ketika menangkap ikan, semalam, ditemui lemas di Perairan Pasir Belanda, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, hari ini.

Mayat Mohd Fikri Jamil, 27, ditemui pada 10.45 pagi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat, berkata mayat ditemui terapung pada jarak kira-kira tiga kilometer dari persisiran pantai.

"Operasi mencari dan menyelamat bermula pada kira-kira 3 petang semalam. Namun, terpaksa dihentikan kerana faktor cuaca dan diteruskan hari ini.

"Mayat dibawa ke Jeti Tanjung Asam dan kes diserahkan kepada polis," katanya.

Pada kira-kira 2 petang, semalam, seorang nelayan terlihat bot mangsa di tengah laut dalam keadaan enjin masih hidup.

Dia yang mengesyaki mangsa terjatuh laut dan memberitahu bapa mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 2:12 PM