NURSHAHRINNI dan Nurshahrinna  pada hari pendaftaran pelajar baru Universiti Malaya sesi 2017/2018 di  UM.
NURSHAHRINNI dan Nurshahrinna pada hari pendaftaran pelajar baru Universiti Malaya sesi 2017/2018 di UM.
HM Digital

Kuala Lumpur: “Kami agak ‘terkilan’ kerana terpaksa berpisah apabila ditempatkan di bilik berlainan sebaik mendaftar di sini biarpun sudah membuat pelbagai persediaan untuk tinggal bersama sepanjang pengajian. Sejak kecil kami sentiasa bersama, jadi agak janggal untuk berjauhan,” kata pasangan kembar seiras, Nurshahrinni dan Nurshahrinna Syahrial, 20, yang mendaftar sebagai mahasiswa baru Universiti Malaya (UM), semalam.

Kedua-duanya ditawarkan tempat bagi sesi 2017/2018 untuk mengikuti program Sarjana Muda Tari di Pusat Kebudayaan UM daripada jumlah keseluruhan 4,163 yang ditawarkan tempat bagi pengambilan kali ini.

Nurshahrinni berkata, mereka berkongsi minat sama dalam bidang seni tari sejak kecil menyebabkan mereka sukar berpisah tidak kira dari segi akademik atau pun menjalani kehidupan seharian.

“Sejak berusia enam tahun, kami sudah minat bidang tarian hingga meneruskan persekolahan di Sekolah Seni Malaysia, Johor,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 10:32 AM