KEADAAN rumah seorang penduduk yang rosak akibat ribut. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN rumah seorang penduduk yang rosak akibat ribut. FOTO ihsan pembaca
Hazsyah Abdul Rahman


DUA PULUH SATU rumah di Kampung Air dan sebuah restoran di Kampung Keramat, Beluran, rosak akibat ribut kencang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, empat rumah penduduk terjejas teruk dan satu daripadanya tidak dapat dihuni lagi.

Ketua Kampung Air, Ag Kumit DT Damri berkata, angin kencang berlaku kira-kira sepuluh minit.

"Akibat kejadian itu, 21 rumah penduduk di sini, rosak. Sebuah rumah terbang atap, dinding tercabut dan ia paling terjejas sehingga sudah tidak dapat dihuni lagi.

"Tiga rumah pula hilang atap dibahagian dapur sahaja selepas diterbangkan angin," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada individu cedera dalam kejadian itu dan semua penghuni rumah yang terjejas kini menetap sementara di rumah keluarga mereka di kampung sama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 6:08 PM