ANGGOTA polis D7 melakukan pemeriksaan di rumah pondan terbabit
ANGGOTA polis D7 melakukan pemeriksaan di rumah pondan terbabit
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: “Kepuasan pelanggan, keutamaan kami.”

Itu moto sekumpulan mak nyah atau pondan di negeri ini yang sanggup mengenakan caj serendah RM50 untuk setiap perkhidmatan memuaskan nafsu lelaki songsang di negeri ini.

Lelaki berperwatakan wanita itu mengenakan baju kurung dan bertudung aktif mencari pelanggan yang berminat dengan seks luar tabii menerusi aplikasi WeChat sebelum menunggu mereka di Jalan Limau Manis, di sini.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar hasil penyamaran dan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Serbuan menerusi Op Noda bagi membanteras aktiviti pelacuran di negeri ini diketuai Inspektor
Muazzam Shaaban.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Asisten Superintendan Muhamad Sukeri Hassan berkata, pihaknya menahan reman dua lelaki berperwatakan wanita berusia 26 dan 35 tahun selama empat hari hingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, pasukannya menyamar sebagai pelanggan dan menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat mereka dan mengadakan pertemuan.

“Mereka ditemui menunggu di Jalan Limau Kasturi dan kedua-duanya membuat tawaran terhadap perkhidmatan mereka dengan harga serendah RM50,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 8:39 AM