SHAMSUL Anuar (tengah) menyampaikan wang pendahuluan PTPTN kepada penerima dari Parlimen Lenggong, Gerik, Padang Rengas dan Kuala Kangsar. FOTO Razif Rosli
SHAMSUL Anuar (tengah) menyampaikan wang pendahuluan PTPTN kepada penerima dari Parlimen Lenggong, Gerik, Padang Rengas dan Kuala Kangsar. FOTO Razif Rosli
Razif Rosli


PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengutip RM2.3 bilion kutipan balik bayaran pinjaman sehingga Jun lalu dan yakin mampu memenuhi sasaran RM4 bilion, tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah itu bersamaan 60 peratus daripada apa yang disasarkan dan yakin ia mampu dicapai berikutan trend kutipan balik pinjaman PTPTN yang semakin meningkat selain prestasi kutipan juga melebihi sasaran.

Menurutnya, pada tahun lalu, pihaknya menyasarkan kutipan balik bayaran berjumlah RM2 bilion namun kutipan melebihi sasaran iaitu RM3.4 bilion.

"Alhamdulillah setakat Jun sahaja, kutipan kita dah cecah 60 peratus daripada sasaran iaitu RM2.3 bilion telah berjaya dikutip semula.

"Kita lihat peminjam PTPTN kini sudah ramai nak membayar dan bilangannya bertambah dan kita yakin situasi peminjam bertambah baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan wang pendahuluan PTPTN sempena program Jom Bantu Rakyat di perkarangan Pusat Siber Kampung Luat, Lenggong hari ini.

Shamsul Anuar berkata, antara faktor menyumbang kepada peningkatan itu adalah kemudahan pembayaran balik dan pelbagai tawaran insentif.

"Kita lihat diskaun 15 peratus diberi untuk baki hutang bagi penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran yang membuatkan ramai peminjam membuat bayaran balik.

"Malah diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau ‘direct debit’€™ mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan juga antara punca ramai peminjam hari ini mengambil peluang sehingga 31 Disember depan termasuk kempen berterusan PTPTN," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 8:13 PM