SUSPEK ditahan orang awam selepas cuba meragut seorang wanita di Jalan Puteri, Puchong, Serdang. FOTO ihsan Polis
SUSPEK ditahan orang awam selepas cuba meragut seorang wanita di Jalan Puteri, Puchong, Serdang. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


REMAJA lelaki ditahan orang awam selepas meragut wanita di Jalan Puteri, Puchong, Serdang, 2.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 19 tahun itu yang menunggang motosikal meragut dompet milik wanita berusia 40 tahun.

"Ketika kejadian, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek menyebabkan wanita itu cedera di kaki akibat terjatuh.

"Bagaimapun, suspek terjatuh ketika cuba melarikan diri sebelum ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Megat berkata, dompet berkenaan dipulangkan semula kepada wanita itu.

"Suspek yang juga mempunyai rekod jenayah lampau akan direman hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 1:40 PM