Fatin Fazlina Yaakob


AKAUNTAN kerugian RM80,000 selepas rumahnya dipecah masuk dalam kejadian di Pesara Mahsuri di Bayan Lepas, semalam.

Dalam kejadian 8 pagi itu, kejadian disedari mangsa berusia 43 tahun selepas dia pulang dari tempat kerjanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati rumah teres mangsa dipecah masuk melalui siling sebelum suspek melarikan diri melalui pintu belakang.

"Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan di bahagian siling dan pintu belakang dalam keadaan tidak berkunci.

"Penduduk juga mendakwa ada terdengar bunyi bising di rumah mangsa namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anbalagan berkata, kamera litar tertutup (CCTV) dan siren dipasang di rumah mangsa namun ia tidak berfungsi malah CCTV turut dilarikan suspek.

"Pelbagai barangan dipercayai dilarikan suspek seperti tujuh utas jam tangan pelbagai jenama, pelbagai mata wang asing, tiga utas rantai emas serta pasport milik mangsa dengan keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai RM80,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 5:36 PM