Pak Nasir (tengah) memulakan larian di hadapan Stadium Darulaman ke Dataran Merdeka, hari ini. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
Pak Nasir (tengah) memulakan larian di hadapan Stadium Darulaman ke Dataran Merdeka, hari ini. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
Zuliaty Zulkiffli


PELARI solo, Nasir Abas, 62, meneruskan misi larian kelimanya hari ini dari Alor Setar ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan ke 60.

Nasir atau dikenali sebagai Pak Nasir melakukan larian kali ini bersama rakannya yang juga bekas tentera, Krishnan Andy, 60, sejauh kira-kira 480 kilometer (km) selama 12 hari bermula hari ini.

Katanya, pada mulanya dia berhasrat melakukan Larian Muhibbah Merdeka itu bersama tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India namun tidak dapat melakukannya disebabkan masalah lain.

"Namun saya berterima kasih kepada Krishnan kerana mahu melakukan larian bersama saya malah kami turut diiringi kira-kira 200 penyokong yang turut berlari dari sini ke Jalan Pegawai sebelum kami berdua meneruskan misi.

"Biasanya saya akan mengambil masa kira-kira 10 hari untuk mencapai misi larian tetapi kali saya tambah dua hari kerana melakukan larian berdua," katanya ketika ditemui di Kompleks Belia dan Sukan Kedah berhadapan Stadium Darulaman, hari ini.

Nasir berkata, dia mensasarkan larian sejauh 40 kilometer setiap hari dan akan singgah di beberapa tempat untuk berehat sebelum meneruskan larian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 4:07 PM