ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Taman Fu Yen, Luyang, Kota Kinabalu. FOTO Junaidi Ladjana
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Taman Fu Yen, Luyang, Kota Kinabalu. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana


TIGA rumah teres satu tingkat terbakar di Taman Fu Yen, Luyang, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal daripada merebak oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu

berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.05 pagi dan sepasukan anggota dikerah ke lokasi.

"Dua daripada tiga rumah itu terbakar 30 peratus manakala sebuah musnah terbakar.

"Api berjaya dikawal pada 12.02 tengah hari dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran membabitkan lima jentera dengan kekuatan 31 anggota termasuk dari BBP Lintas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2017 @ 2:22 PM