PELAJAR membuat corak berkaitan patriotisme ketika sambutan Hari Kemerdekaan di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson, semalam.
PELAJAR membuat corak berkaitan patriotisme ketika sambutan Hari Kemerdekaan di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson, semalam.
HM Digital

Port Dickson: Bahang sambutan Hari Kemerdekaan semakin dirasai apabila 1,000 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin menyertai pertandingan dengan berpakaian tradisional di sekolah terbabit, semalam.

Antara aktiviti diadakan ialah karnival patriotik yang membabitkan pakaian tradisional dan gubahan bercirikan patriotisme.

Pengetua SMK Yam Tuan Radin Arif Affandi Arifin berkata, karnival itu cukup meriah kerana guru dan pelajar menggayakan pakaian ketika menyertai pelbagai permainan tradisional.

“Sekolah akan terus mengadakan acara seperti ini setiap tahun bagi mengisi bulan kemerdekaan,” katanya.

Sementara itu, dua guru Rizatulakhma Ramli, 37, dan Huraizah Mohd Yaman, 38, dipilih memenangi kategori pakaian terbaik.

Kedua-dua mereka menggayakan selendang dan beg tangan menggunakan Jalur Gemilang.

Rizatulakhma berkata, dia mengambil masa seminggu menyiapkan pakaian dijahitnya sendiri sebagai menghormati sambutan kemerdekaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 4:59 AM