KEADAAN  kebakaran   di Kompartment 100,101 dan 102 Hutan Simpan Gambut Bestari Jaya.
KEADAAN kebakaran di Kompartment 100,101 dan 102 Hutan Simpan Gambut Bestari Jaya.

Bestari Jaya: Faktor cuaca panas dipercayai menjadi punca kebakaran berulang di Hutan Simpan Raja Musa dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sejak beberapa hari lalu.

Kebakaran di Hutan Simpan Raja Musa yang bermula Ahad lalu membabitkan Kompartmen 100, 101 dan 102, manakala Kompartmen Enam Hutan Simpan Kuala Langat Utara mula terbakar sejak 3 Ogos lalu di Kompartment Enam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Sani Harul berkata, keluasan kebakaran di Hutan Simpan Raja Musa dianggarkan 120 hektar dan baki kawasan kebakaran ketika ini 10 hektar.

Beliau berkata, kebakaran itu dikesan bermula di kawasan tanah terbiar sebelum merebak ke kawasan hutan simpan berkenaan.

“Kerja pemadaman dilakukan secara terus atau ‘direct attack’, pembinaan ‘fire break’ serta menambak ban yang pecah bagi meningkatkan aras air di kawasan hutan simpan.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menggunakan pesawat Bombardier CL415 MP untuk membantu operasi pemadaman api di hutan simpan ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2017 @ 5:21 AM