S Subramaniam (tengah) ketika sidang media selepas upacara perasmian. FOTO Ramdzan Masiam
S Subramaniam (tengah) ketika sidang media selepas upacara perasmian. FOTO Ramdzan Masiam
Zuhainy Zulkiffli


KEMENTERIAN Kesihatan akan mempertingkatkan penguatkuasaan kesihatan dan kawalan di Samarahan, Sarawak, susulan kes pertama jangkitan anjing gila atau rabies membabitkan kanak-kanak di kawasan berkenaan, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kini berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Umum Sarawak, Kuching.

"Mangsa yang dilaporkan pernah digigit anjing pada bulan lalu, sudah menjalani ujian darah serta didapati positif rabies dan turut mendapat suntikan vaksin.

"Ini kes keenam di Sarawak dan yang pertama berlaku di Samarahan, justeru kita akan terus melakukan kawalan bagi mencegah penularan penyakit anjing gila ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa 2017 di Georgetown, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr M Sukumar.

Sejak April hingga Julai lalu, lima kes kematian dilaporkan akibat jangkitan rabies di Serian, Sarawak manakala tiga kanak-kanak masing-masing seorang di Melaka dan dua di Perak yang disyaki mengalami symptom berkenaan disahkan negative Rabies.

Berita berkaitan:

Budak 7 tahun positif rabies

Foto Ramdzan Masiam

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 1:16 PM