ANAK Farahliza
ANAK Farahliza
ANAK Shalita
ANAK Shalita
Qayyum Daniel
Qayyum Daniel
Muhammad Radi Daniel
Muhammad Radi Daniel
NUR Aini
NUR Aini
myMetro

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) meminta kerjasama orang ramai mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada lima kanak-kanak.

Pelindung JKMWPKL Ahmad Sofiyan Mohamad Redzwan berkata, bagi kes pertama, kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Nur Aini yang dilahirkan di Klinik Dr Hamid Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ditinggalkan ibu kandung bernama Yuli seorang warganegara Indonesia.

Katanya, dia mengalami Sindrom Down sejak lahir dan ditempatkan Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban sejak dirujuk ke JKM.

Bagi kes kedua, kanak-kanak bernama Muhammad Radi Daniel Samad dianggarkan berusia 11 tahun didapati terabai dalam penjagaan ibu bapa atau penjaganya, ditemui di masjid Taman Batu Muda Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

Selain itu, JKMWPKL juga mencari waris atau penjaga kanak-kanak bernama Qayyum Daniel dianggarkan berusia enam tahun yang terabai dalam penjagaan ibu bapa atau penjaganya yang diselamatkan dalam Operasi Bersepadu Menyelamatkan Gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur, 17 Julai lalu.

“Kami juga mencari Shalita Sazali, yang dipercayai ibu seorang kanak-kanak yang ditempatkan di bawah jagaan Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara tempoh siasatan mengesan ibu kandung atau waris.

“Bagi kes terakhir, seorang kanak-kanak diserahkan ibu kandung yang dikenali sebagai Farahliza Tukimin ketika masih bayi berusia dua hari sebelum menghilangkan diri. Dia diserahkan kepada Hatiah Yahya yang memeliharanya sehingga berumur 12 tahun. Sekiranya tiada maklum balas dari waris, kanak-kanak berkenaan dipertimbangkan untuk dijadikan anak pelihara,” katanya.

Orang ramai yang ada maklumat mengenainya diminta hadir ke JKMWPKL di Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan berhubung dengan Pelindung JKMWPKL di 03-26124000 atau 03-2612 4119.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2017 @ 6:00 AM