KAKITANGAN LADA bergambar kenangan bersama Azizan (duduk, empat kanan) selepas majlis penyampaian anugerah. FOTO Hamzah Osman
KAKITANGAN LADA bergambar kenangan bersama Azizan (duduk, empat kanan) selepas majlis penyampaian anugerah. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


LEMBAGA Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan jumlah pelawat ke pulau itu meningkat kepada lima juta orang dalam tempoh tiga tahun berbanding 3.6 juta pada tahun lalu menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif baru.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Azizan Noordin berkata, sasaran itu bersandarkan kepada aset pelancongan berkualiti dan istimewa sedia ada selain pelaburan baharu sektor swasta dalam pembinaan hotel mewah dan pelancongan marin.

"Selain tarikan sedia ada, kita yakin pembinaan dua hotel mewah, The Ritz Carlton dan Park Royal yang sedang giat dilaksanakan, jumlah pelancong diyakini meningkat kepada lima juta orang dengan pendapatan RM9 bilion menjelang 2020.

"Malah, tiga pelabur berpotensi, Royal Carribean Carnival Asia, One Degree 15 dan Tui Group turut berminat memajukan pelancongan marin," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan LADA di Langkawi, malam tadi.

Hadir sama Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat.

Pada majlis itu seramai 27 pegawai dan kakitangan pelbagai unit menerima anugerah wang tunai RM1,000 dan sijil keranamenunjukkan kecemerlangan sepanjang perkhidmatan mereka tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 6:57 PM