Kereta yang terbakar di kawasan berhampiran stesen LRT Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.
Kereta yang terbakar di kawasan berhampiran stesen LRT Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin

 

[email protected]

 

SEBUAH kabin dan dua kereta musnah sepenuhnya dalam kebakaran di kawasan berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kira-kira 12 tengah malam, hari ini.

Jurucakap bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.47 tengah malam sebelum lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan anggota mengambil masa 15 minit untuk memadam kebakaran itu.

"Kebakaran dipercayai berpunca daripada api pembakaran sampah di kawasan berhampiran sebelum ia merebak ke kabin dan dua kereta yang diletakkan di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2017 @ 2:51 AM