GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


ENAM pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan kelmarin dan semalam kerana disyaki terbabit dengan Geng 360 Devan.

Difahamkan, semua suspek ditahan di lokasi berbeza sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut sumber, semua suspek ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah untuk geng itu.

"Kesemua suspek direman 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

"Kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 8:53 PM