FOTO Fardy Bungga
FOTO Fardy Bungga
Fardy Bungga


DUA puluh dua wanita warga asing yang dikesan terbabit dalam aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan di satu hotel di ibu negara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata semua wanita pelbagai warga negara itu berusia lingkungan 19 hingga 32 tahun.

Katanya, turut ditahan enam pelanggan yang berada di premis berkenaan bersama tiga individu yang dipercayai penjaga premis.

"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 372b Kanun Keseksaan, Seksyen 56 (1)(l) Akta Imigresen dan Seksyen 6 (1)(c) akta sama serta Seksyen 39(b) Akta Imigresen.

"Dalam serbuan sama, polis turut mengesan aktiviti perjudian komputer di lokasi sama.

“Hasil pemeriksaan, kami menahan empat kaki judi dan lima penjaga premis terdiri dari warga asing dan tempatan," katanya.

Sukri berkata, pihaknya turut merampas pelbagai mesin judi di premis berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Semua tahanan dan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 12:39 AM